Sunday, May 04, 2014



Pada 30 April 2014, Reunion DPA telah diadakan di Langkawi. Ketibaan Wan Mohd Faizal, Rosliza Khalit, Mohammad Noraizi, Mohd Hanafi dan Tengku Saiful Hisyam telah disambut dengan mesra oleh penganjur iaitu En Nasrul Safarin dan En Shamsul Hasni.

Tiada kata yang dapat digambarkan tentang kemesraan dan keriangan apabila bertemu dengan rakan-rakan satu DPA yang pernah bersama suatu masa dahulu.

Kehadiran kali ini tidaklah begitu membanggakan akibat kesibukan rakan-rakan lain yang menguruskan hal yang lebih penting serta masalah taknikal sendiri. Pun begitu, ia tetap dijalankan dengan penuh hemah dan sensasi.

Terima kasih kepada tuan penganjur yang menyediakan layanan hosipitaliti yang amat cemerlang di susuli dengan keletahan dan kebahagiaan ahli-ahli yang hadir. Penghargaan kepada peserta tunggal wanita yang begitu bermakna kerana sentiasa hadir memberi sokongan dari dahulu sehingga sekarang walaupun beliau amat sibuk sebagai seorang Pengarah di syarikat swasta di ibu kota. Kesibukan ke luar negara tidak menghalang beliau menghadiri Reunion DPA kerana beliau sememangnya faham tentang erti sebuah persahabatan.

Semoga ikatan persahabatan ini kekal abadi.

LIFE IS SHORT. FRIENDSHIP IS FOREVER.


TILL WE MEET AGAIN.

1 comment:

Unknown said...

Indeed friendship is forever. Two Thumbs up aizi.