Monday, June 15, 2009

PULAU PINANG LARANG PENGGUNAAN PEMBUNGKUS POLISTERIN – berita hairan

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang hari ini melarang penggunaan pembungkus makanan polisterin pada semua program rasminya bagi mengelakkan kesan negatif kepada alam sekitar dan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh, berkata penggunaan polisterin itu bukan sahaja memudaratkan kesihatan pengguna dan memberi kesan negatif kepada alam sekitar, malahan ia mudah dibawa angin ke merata tempat dan menjadi bekas yang menakung air hujan.

-Tahniah kerajaan Pulau Pinang. Ke arah kebersihan dan kesihatan sejagat..

Friday, June 12, 2009

Keadaan Berjerebu Di Lembah Klang Berkurang Hari Ini

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Keadaan berjerebu di Lembah Klang hari ini berkurangan sedikit berbanding semalam berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Bacaan IPU dari 51 buah stesen pengawasan kualiti udara JAS pada pukul 11 pagi tadi menunjukkan bahawa 32 kawasan masih berada pada tahap kualiti udara sederhana iaitu mencatatkan bacaan 51-100, dengan Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 85 dan 78.

Kualiti udara di sekitar Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka turut berada tahap sederhana.

Menurut kenyataan JAS, ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) masih mengesan tompok panas di Malaysia iaitu 16 tompok di Sarawak dan tujuh di Sabah.

"Tompok panas ini menunjukkan berlakunya kebakaran yang boleh menyumbang kepada keadaan berjerebu terutama semasa musim cuaca panas dan kering ini, selain daripada pelepasan asap oleh kenderaan bermotor, habuk oleh aktiviti kerja tanah dan industri," kata JAS.

JAS akan terus mempertingkatkan kegiatan pemantauan dan penguatkuasaan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta menyelenggara kenderaan masing-masing supaya dapat mengurangkan pelepasan asap hitam.

"Pihak industri juga perlu memastikan pelepasan bendasing daripada proses pengeluaran mematuhi peraturan alam sekitar yang telah ditetapkan," menurut kenyataan itu.

Thursday, June 11, 2009

Malaysia Catat Kes Ke-11 H1N1, Sedia Menghadapi Pandemik

PETALING JAYA, 11 Jun (Bernama) -- Malaysia mengesahkan hari ini dua lagi kes baru Influenza A(H1N1) positif, menjadikan kesemuanya 11 kes yang dilaporkan di negara ini.

-So, berhati-hati sentiasa..