Sunday, May 04, 2014

Pada 30 April 2014, Reunion DPA telah diadakan di Langkawi. Ketibaan Wan Mohd Faizal, Rosliza Khalit, Mohammad Noraizi, Mohd Hanafi dan Tengku Saiful Hisyam telah disambut dengan mesra oleh penganjur iaitu En Nasrul Safarin dan En Shamsul Hasni.

Tiada kata yang dapat digambarkan tentang kemesraan dan keriangan apabila bertemu dengan rakan-rakan satu DPA yang pernah bersama suatu masa dahulu.

Kehadiran kali ini tidaklah begitu membanggakan akibat kesibukan rakan-rakan lain yang menguruskan hal yang lebih penting serta masalah taknikal sendiri. Pun begitu, ia tetap dijalankan dengan penuh hemah dan sensasi.

Terima kasih kepada tuan penganjur yang menyediakan layanan hosipitaliti yang amat cemerlang di susuli dengan keletahan dan kebahagiaan ahli-ahli yang hadir. Penghargaan kepada peserta tunggal wanita yang begitu bermakna kerana sentiasa hadir memberi sokongan dari dahulu sehingga sekarang walaupun beliau amat sibuk sebagai seorang Pengarah di syarikat swasta di ibu kota. Kesibukan ke luar negara tidak menghalang beliau menghadiri Reunion DPA kerana beliau sememangnya faham tentang erti sebuah persahabatan.

Semoga ikatan persahabatan ini kekal abadi.

LIFE IS SHORT. FRIENDSHIP IS FOREVER.

TILL WE MEET AGAIN.

Sunday, November 03, 2013

Monday, August 26, 2013

DPAninetyfive Hari Raya Celebration

Betapa bersyukur kerana kelancaran majlis yang pandai dikendalikan oleh pihak tuan rumah iaitu Sdr Ruzaidi dan Puan Rafidah yang menyatukan kami. Bro Hairulazim yang datang dari jauh turut menggamatkan suasana. Makanan pun sedap dan tempat santai dan makan yang amat selesa. Credits to all the members of DPA95.

Sunday, April 25, 2010

REUNION DPA DI BAGAN LALANG

HARI SABTU BERSAMAAN 24 APRIL 2010
BAGAN LALANG

3.45 Bertolak ke Masjid KLIA utk bertemu dengan sahabat handai..
5.30 Bertolak ke Bagan Lalang. (33km dari masjid)
6.30 Sampai di HM Ikan Bakar Bagan Lalang dengan kawan-kawan.
6.50 Makan malam di sana berlatarbelakangkan pemandangan indah dan suasana damai bersama kawan-kawan.
7.45 Bergambar beramai-ramai
8.20 Bersurai..
INFO
  • Terkilan juga kawan-kawan ramai yang tak dapat hadir
  • Makanan memang best sebab makan ramai-ramai
  • Dah lama tak jumpa Sanisah
  • Thanks to Liza yang organize dengan sungguh-sungguh
  • Fizzi the expert Driver . So kawan-kawan yakin dengan dia.
  • First time jumpa orang rumah Rusli
  • Semoga diadakan lagi pada bulan yang akan datang..

Sunday, August 09, 2009

Lama tak update..

Maaflah lama tak update blog ni. Penulis telah mengalami kerosakan modem dan membaikinya memerlukan masa yang agak lama oleh kerana memerlukan modal dan masa yang cukup. Maaf segala kesulitan.
Posted by Picasa

Monday, June 15, 2009

PULAU PINANG LARANG PENGGUNAAN PEMBUNGKUS POLISTERIN – berita hairan

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang hari ini melarang penggunaan pembungkus makanan polisterin pada semua program rasminya bagi mengelakkan kesan negatif kepada alam sekitar dan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh, berkata penggunaan polisterin itu bukan sahaja memudaratkan kesihatan pengguna dan memberi kesan negatif kepada alam sekitar, malahan ia mudah dibawa angin ke merata tempat dan menjadi bekas yang menakung air hujan.

-Tahniah kerajaan Pulau Pinang. Ke arah kebersihan dan kesihatan sejagat..