Sunday, August 09, 2009

Lama tak update..




Maaflah lama tak update blog ni. Penulis telah mengalami kerosakan modem dan membaikinya memerlukan masa yang agak lama oleh kerana memerlukan modal dan masa yang cukup. Maaf segala kesulitan.
Posted by Picasa

Monday, June 15, 2009

PULAU PINANG LARANG PENGGUNAAN PEMBUNGKUS POLISTERIN – berita hairan


GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang hari ini melarang penggunaan pembungkus makanan polisterin pada semua program rasminya bagi mengelakkan kesan negatif kepada alam sekitar dan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh, berkata penggunaan polisterin itu bukan sahaja memudaratkan kesihatan pengguna dan memberi kesan negatif kepada alam sekitar, malahan ia mudah dibawa angin ke merata tempat dan menjadi bekas yang menakung air hujan.

-Tahniah kerajaan Pulau Pinang. Ke arah kebersihan dan kesihatan sejagat..

PULAU PINANG LARANG PENGGUNAAN PEMBUNGKUS POLISTERIN – berita hairan

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang hari ini melarang penggunaan pembungkus makanan polisterin pada semua program rasminya bagi mengelakkan kesan negatif kepada alam sekitar dan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh, berkata penggunaan polisterin itu bukan sahaja memudaratkan kesihatan pengguna dan memberi kesan negatif kepada alam sekitar, malahan ia mudah dibawa angin ke merata tempat dan menjadi bekas yang menakung air hujan.

-Tahniah kerajaan Pulau Pinang. Ke arah kebersihan dan kesihatan sejagat..

Friday, June 12, 2009

Keadaan Berjerebu Di Lembah Klang Berkurang Hari Ini


KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Keadaan berjerebu di Lembah Klang hari ini berkurangan sedikit berbanding semalam berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jabatan Alam Sekitar (JAS).


Bacaan IPU dari 51 buah stesen pengawasan kualiti udara JAS pada pukul 11 pagi tadi menunjukkan bahawa 32 kawasan masih berada pada tahap kualiti udara sederhana iaitu mencatatkan bacaan 51-100, dengan Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 85 dan 78.

Kualiti udara di sekitar Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka turut berada tahap sederhana.

Menurut kenyataan JAS, ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) masih mengesan tompok panas di Malaysia iaitu 16 tompok di Sarawak dan tujuh di Sabah.

"Tompok panas ini menunjukkan berlakunya kebakaran yang boleh menyumbang kepada keadaan berjerebu terutama semasa musim cuaca panas dan kering ini, selain daripada pelepasan asap oleh kenderaan bermotor, habuk oleh aktiviti kerja tanah dan industri," kata JAS.

JAS akan terus mempertingkatkan kegiatan pemantauan dan penguatkuasaan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta menyelenggara kenderaan masing-masing supaya dapat mengurangkan pelepasan asap hitam.

"Pihak industri juga perlu memastikan pelepasan bendasing daripada proses pengeluaran mematuhi peraturan alam sekitar yang telah ditetapkan," menurut kenyataan itu.

Thursday, June 11, 2009

Malaysia Catat Kes Ke-11 H1N1, Sedia Menghadapi Pandemik

PETALING JAYA, 11 Jun (Bernama) -- Malaysia mengesahkan hari ini dua lagi kes baru Influenza A(H1N1) positif, menjadikan kesemuanya 11 kes yang dilaporkan di negara ini.

-So, berhati-hati sentiasa..


Monday, May 11, 2009

SELAMAT HARI IBU KEPADA SELURUH WARGA DPA95


19 Hadith Rasullullah S.A.W Mengenai Wanita 

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Sunday, April 26, 2009

FINAL PIALA FA 2009





KELANTAN KALAH PENALTI
TAHNIAH SELANGOR !
KELANTAN CUBA LAGI !

KELANTAN 1 SELANGOR 4

Thursday, April 09, 2009

SENARAI PENUH KABINET 2009

SENARAI ANGGOTA PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
PADA 9 APRIL 2009
YAB Dato’ Sri Hj Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak
Perdana Menteri

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri

JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri
Tan Sri Datuk Dr Koh Tsu Koon
- Bertanggungjawab ke atas Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
- Bertanggungjawab dalam hal ehwal perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
- Bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi
Mejar General Datuk Jamil Khir Baharom
- Bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam
Timbalan –Timbalan Menteri
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Senator)
Datuk S K Devamany
Encik Ahmad Maslan
Encik T. Murugiah (Senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak
Menteri II : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlan
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Dr Awang Adek Hussein (Senator)

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Dr. Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Dr Puad Zakarshi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan : Datuk Hamzah Zainuddin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein
Timbalan : Dato’ Wira Abu Seman Yusop
Timbalan : Encik Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN
KEBUDAYAAN
Menteri : Dato’ Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan : Puan Heng Seai Kie (Senator)

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : Puan Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan : Datuk Hassan Malek
Timbalan : Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamad
Timbalan : Dato’ Mukhriz bin Tun Dr Mahathir
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Encik Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Unggah Embas
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Ng Yen Yen
Timbalan : Datuk Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan : Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Rosnah Rashid Shilin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Razali Ibrahim
Timbalan : Encik Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr. S. Subramaniam
Timbalan : Datuk Maznah Mazlan (Senator)

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN
HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Kong Cho Ha
Timbalan : Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri : Datuk Shahrizat Jalil (Senator)
Timbalan : Datuk Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Anifah Aman
Timbalan : A. Kohilan Pillay (Senator)
Timbalan : Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan : Datuk M Saravanan

Saturday, March 28, 2009

EARTH HOUR



Malam ini. 28.3.2009 pada jam 8.30mlm-9.30 mlm, marilah kita sama-sama tidak membuka lampu dan tv untuk menyatakan sokongan padu kita kepada....
EARTH HOUR

Wednesday, March 25, 2009

jangan takut

Sunday, March 22, 2009

TAHNIAH NASRUL SAFARIN


1. E
sok (23 Mac 2009), sahabat kita, Nasrul Safarin bakal dikurniakan Pingat Cemerlang Kedah (P.C.K)oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dalam istiadat pengurniaan bintang-bintang & pingat-pingat kebesaran sempena peryaan ulang tahun hari keputeraan KDYMM Baginda yang ke 81. Syabas diucapkan!
 
2. A
dik lelaki kepada arwah Barb (MAZRI GHAZALI) telah dilantik menjadi Pegawai Tadbir Negeri Kedah (sama mcm Yazlan) pada awal bulan Mac yang lalu. Belum posting lagi. Masih berada diperingkat 'induksi dalaman' di jabatan-jabatan kerajaan negeri di Alor Setar.
 
 
regards
shamacho 

Sunday, February 22, 2009

MINI REUNION AT PORT DICKSON




19 FEBRUARI 2009 - Majlis mini reunion diadakan di Port Dickson. Ia adalah salah satu akitiviti yang sederhana tetapi meriah dengan kehadiran 4 keluarga DPA 95. Mereka terdiri daripada keluarga Aizi, keluarga Awer, keluarga Doel dan keluarga Adie dan Fieda. (Ehem ehem ehem)..
19 Feb 9.00 malam - Check in di apartment.
20 Feb - Beli barang-barang kat bandar dan pasar malam. 
20 Feb  9.00 mlm - BBQ dibuat di perkarangan apartment. Sungguh meriah dan terlalu banyak lauk yang di sediakan. Nasi goreng cina, ayam, jagung, kentang, sate, sosec, kerang, air oren dan air teh...
20 Feb 11 mlm - Majlis minum teh di Bangi Kopitiam. Chatting yang sungguh menyeronokkan. Tak boleh lama-lama, takut ada orang pengsan sebab gelak keterlaluan. Bicara hati mangsa Noraz amat memilukan...
21 Feb - mandi manda di pantai..
21 Feb 12.30 tghri - Makan tengahari di apartment Awer.
21 Feb 2.00 ptg - Check out...

Memang sesuatu yang best. Kalau lagi ramai , lagi best.....

lagi gambar, sila klik di bawah

Wednesday, February 04, 2009

lambok


Monday, January 26, 2009

BBQ LAGI !!!

HAI WARGA DPA...

Just nak bagitau, anda dijemput untuk menghadirkan diri ke majlis BBQ kecil-kecilan di Port Dickson pada 21/2/2009 (Sabtu malam Ahad) jam 9 mlm.

Penginapan tidak disediakan. So, kalau sapa-sapa berminat, boleh la join atau daftarkan diri dengan menulis email kepada dpa95@hotmail.com. 

Just nak relaks-relaks pada awal tahun....



Friday, January 16, 2009

SALAM MAAL HIJRAH DAN TAHUN 2009

Serunding mengucapkan Salam Maal Hijrah dan selamat datang kepada tahun 2009.

Semoga tahun ini akan mendatangkan kebahagiaan serta berjaya menghadapi cabaran-cabaran yang akan menjelma dengan penuh ketabahan, kebijaksanaan dan tawakkal..

Wednesday, January 07, 2009

ANAK WARGA DPA95 BERTAMBAH SORANG LAGI!!


Isteri kepada Nasrulsafarin telah selamat melahirkan anak perempuan pada jam 11.30 pagi tadi. 4 januari (sama dengan besdey conn) he he.
 
sekian
 
 
regards
shamacho
junjong sub-district head man 


KEPADA YANG MASIH MENCUBA DAN SEDANG MENCUBA,
BERUSAHALAH!!!!!!

Friday, January 02, 2009

REUNION DPA 95


LAPORAN PENUH REUNON DPA 95

 

TARIKH : 27 DISEMBER 2008

HARI : AHAD

TEMPAT : RUMAH RAJA SHAHRUL HATTA , KUANG , SELANGOR

KEHADIRAN :

YAZLAN SUNARDIE CHE YAHAYA (LANZ) DAN ISTERI

MOHD RAFIDI MAT DAHAN (FIDIE)

RAJA SHAHRUL HATTA (DOEL) SELAKU TUAN RUMAH

RUZAIDI IZWAN (ADIE) DAN ISTERI

RAFIDAH SAHARUDIN (FIEDA) DAN SUAMI

ROSLIZA KHALIT (LIZA)

MOHAMMAD NORAIZI (AIWA) DAN KELUARGA

DAMANHURI (DAMAN)

MOHD KHAIRIL (RAY)

WAN AZAKI (POK KEY)

SHAMSUL HASNI (SHAMACHO)

SHAHARUDIN HJ SAFIROL (PAK DIN)

NORSAZLINA AHMAD DAN FAMILY (ALONG)

 

LAPORAN

Kuang 27 Disember 2008 – Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan DPA yang telah mengorbankan masa dan wang khasnya dalam menjayakan program SEPETANG BERSAMA DPA.

Dari sudut riak wajah masing-masing, tergambar kegembiraan dan keceriaan sambil menyembunyikan wajah kelesuan dan kepenatan setelah sehari suntuk memandu dari jauh khususnya Sdr Shamcho yang datang, semata-mata sayangkan DPA 95 ini. Kami selaku warga DPA yang bermastautin di Lembah Klang, amat-amat mengagumi komitmennya beliau dan juga ahli-ahli yang sudi hadir. Tanpa mereka, siapalah kita warga DPA 95 yang pernah dipenuhi dengan coretan suka duka suatu masa dahulu.

 

KRONOLGI

Dimulakan dengan mesyuarat –mesyuarat antara Aiwa, Doel,Adie dan Khairil di tempat-tempat eksklusif seperti Old Town Café dan  MC Donald. Maka, muktamadlah keputusan dengan mencadangkan rumah Doel, tempat terbaik pertemuan DPA pada tahun 2008. Dengan konsep santai dan sederhana, ia akan menampilkan cirri-ciri nyaman dan selesa seolah-olah berada di rumah Sazwan pada ketika dulu…hehe

Panggilan bertalu2 telah dibuat kepada rakan-rakan dengan menaburi dan ditaburi  dengan janji-janji manis para penganjur dan responden. Ada yang kata BBQ, ada yang nak datang bawa KFC, ada yang nak bawak L.O dan macam-macam lagi. Debaran semakin terasa menunggu saat yang akan tiba.

Maka, pada jam 2 petang, penganjur telah memulakan SEPETANG BERSAMA DPA dengan dihadiri oleh orang yang pertama, iaitu Adie dan isteri (Fieda) . Kedatangan mereka ada sebab  kerana Adie dan Fieda memang selaku penaja utama makanan-makanan yang lazat iaitu salad ayam, nasi goring cina dan buah tembikai. Aiwa juga selaku penaja bihun, malangnya lambat sampai , oleh kerana alasan beliau yang boleh dianggap kukuh, iaitu pegi ke majlis perkahwinan saudaranya.

Kehadiran satu persatu warga dpa95, jelas telah meriuhkan suasana petang di Kuang, Selangor. Kehadiran Aiwa yang membawa album dan ADMINREVIEW amat amat berguna pada Sdr Fidi, kerana pada saat itulah Fidi telah BELAJAR MENGENALI warga DPA yang mana beliau selama ini tidak pernah menyebut nama-nama tersebut…hahahaha

Suapan demi suapan oleh warga dpa disusuli oleh sedutan dan hirupan air bikarbonat tajaan Ray dan Pak Din , telah menggamatkan suasana. Kehadiran Liza Khalit juga telah membuatkan suasana DPA gamat seketika. Manakala ada yang kata mata Pok Key menyorot ganas, ada yang ternganga oleh kerana kejelitaan Liza yang menjadi siualan warga dpa dari dulu , kini dan selamanya…

Kita mendapat kejutan kedua dengan kehadiran Yazlan Sunardie bersama isteri tercinta, iras iras Rita Rudaini versi Kedah. Yazlan dikatakan telah membuat silap mata dengan menukar ayam KFC menjadi kacang.

 

“Shamacho, Daman dan Pok Key nampak maintain je. Perangai dan iras wajah tetap tak berubah. Along rasanya semakin slim. Anak pun dah 2 orang. Cun pula tu. Siapa-siapa yang nak booking, kena tanya ayah dia dulu kan,”kata salah seorang peserta reunion.

 

Kami juga telah mengadakan mesyuarat kecil-kecilan dan isi kandungan dan keputusan mesyuarat adalah seperti berikut :

 

REUNION AKAN DATANG

MASA

Kami sebulat suara telah menemui tempat reunion yang akan datang iaitu pada 19/07/2009. Kami sedar, ada negeri yang tidak digezetkan sebagai cuti Israk Mikraj pada 20/07/2009 dan ada yang digezetkan. Memandangkan tiada lagi tarikh sesuai, kami telah pun memutuskannya. Kami megalu- alukan sebarang cadangan membina dan tajaan yang memberangsangkan sekiranya ada ahli yang sudi meluahkan masalah dan cadangan masing-masing.

JULAI 2009

AHAD

ISNIN

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

SABTU

 

 

 

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

 

 

LOKASI

Tempat reunion adalah di Sekitar Lembah Klang oleh kerana ia berada di tengah-tengah dan majority warga DPA masih lagi menetap di Lembah Klang. Keberangkalian ia diadakan di hotel-hotel yang mempunyai bilik seminar khas. Maka, ia akan memudahkan kita menjalankan aktiviti dengan selesa.

 

AKTIVITI REUNION

Aktivi yang bakal diadakan pada masa hadapan adalah aktiviti yang berbentuk dinner, di mana peserta reunion akan disajikan dengan persembahan-persembahan slide show, permainan, pemberian hadiah, pemberian sumbangan bantuan kepada waris Arwah Mazri, Azmeer dan Abd Haris yang terlebih dahulu meniggalkan kita. Juga akan diadakan acara-acara sampingan sekiranya ada, untuk mengisi ruang masa yang diberikan.

 

 

 

 

AJK

AJK telah dibentuk melalui sistem undian yang ringkas di mana senarai AJK adalah seperti berikut :

 

PENGARAH PROGRAM :Aiwa

EVENT MANAGER :Liza

PRESENT MANAGER :Along

ACTIVITY MANAGER :Ray

SLIDE SHOW SPECIALIST: Adie

FINANCE MANAGER :Doel

PUBLIC RELATION :

East coast : Ray

Puterajaya : Pok Key

Utara : Yazlan

K.L dan Selangor : Aizi

 

 

STATUS TERKINI EMAIL DAN HP PERIBADI WARGA DPA

Berikut adalah butir-butir maklumat peribadi warga DPA untuk rujukan.

BIL

NAMA

ALAMAT EMAIL

H/PHONE

1

AIZI

Noraizi@epf.gov.my

012-2047100

2

YAZLAN

Lanz1191@yahoo.com

019-4431230

3

SHAMACHO

penghulujunjong@yahoo.co.uk

013-4888384

4

DOEL

Raja.hatta@yaho.com

012-6092407

5

KHAIRIL

mykasyaf@yahoo.com

017-3248331

6

RAFIDI

mrafidi@sirim.my

017-3220952

7

ROSLIZA

Lizrose77@yahoo.com

012-2507291

8

ALONG

 

019-3953050

9

PAK DIN

amysaharudin@gmail.com

012-3557024

10

DAMAN

Manhur07@hotmail.com

019-2052860

 

 

Akhir kata, diharapkan agar lebih ramai warga DPA 95 yang akan dapat menyertai reunion pada tahun hadapan. Bagi mereka yang tidak dapat hadir, kami faham dengan komitmen anda. Bagi mereka yang telah hadir, sekalung terima kasih dari pihak saya dan penganjur.

Kami akan menanti anda pada reunion akan datang semoga kita berjumpa lagi dan saling menghubungi antara satu sama lain…

 

HAPPY BELATED BIRTHDAY TO YAZLAN (30 DECEMBER) AND PAK DIN( 1 JANUARY).

Salam hormat

 

Aizi