Saturday, April 05, 2008

SELAMAT MENYAMBUT MAULUD NABI

Hari Maulud Nabi (12 Rabiul Awal)

Hari Maulud (kelahiran) Nabi Muhammad SAW bertujuan utk memuliakan Nabi SAW berasaskan firman Allah dlm Al-Quran (terjemahannya ) :- "maka org yg beriman kpdnya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yg terang yg diturunkan kpdnya (Al-Quran) mrk itulah yg beruntung." Al-Araf: 157
Hari Maulud pertama kali diselenggarakan oleh Sultan Salahudin al Ayyubi ketika menghadapi pasukan salib bagi membakar semangat berjuang dan berkorban, utk menyelamatkan umat Islam dan sebagai memperingati kejayaannya yg memimpin tentera Islam memasuki Jurusalem. Maulud Nabi disambut setiap 12 Rabiul Awal dimana zikir khusus akan diadakan di masjid2. Perarakan besar2an yg disertai oleh lelaki, perempuan, dan kanak2 akan diadakan di bdr dan kg sambil menyanyikan lagu2 memuji Nabi S.A.W. juga diadakan. Jamuan makan juga dianjurkan oleh org perseorangan atau pertubuhan utk fakir miskin.
Terdapat 2 pendapat mengenai Maulud Nabi, iaitu pendapat pertama melakukannya adalah satu perbuatan yang dianjurkan bagi umat Islam. Pendapat kedua pula menyatakan menyambut hari Maulud adalah satu bidaah disebabkan ia tidak pernah dilakukan semasa zaman Rasullullah dan para sahabat. Menurut pendpt pertama, hujah mengapa Maulud Nabi boleh diraikan adalah :- Bhwsanya Nabi S.A.W. dtg ke Madinah, beliau mendpti org2 yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu 10 Muharram, maka Nabi S.A.W. pun bertanya: "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?" Jawab mrk: Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kpd Tuhan. Maka Nabi S.A.W. berkata: "Kami yg lebih patut menghormati Musa berbanding kamu." Riwayat Bukhari dan Muslim. Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yg bernama Fathul Bari berkata bhw dari hadis ini dpt dipetik hukum: * Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari2 bersejarah, hari yang dianggap besar umpamanya hari maulud, miraj dan lain-lain. * Nabi pun turut memperingati hari tenggelamnya Firaun dan bebasnya Musa, dgn melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yg batil dan tegaknya yg hak. Wallahualam

No comments: