Friday, November 09, 2007

2007 semakin berakhir...

Tup tup pejam celik pejam celik, kita dah semakin hampir munuju ke pengakhiran tahun 2007 di mana terdapat peristiwa-peristiwa suka duka yang telah berlaku sepanjang ia berlalu. Perjumpaan dengan rakan-rakan sekelas, beberapa pengumuman yang telah dibuat, sejarah-sejarah manis buat mereka yang telah selamat diijabkabulkan, menggamit memori indah dalam kehidupan seorang bekas pelajar DPA 95.
Sememangnya yang masih dalam ingatan walaupun sudah hampir 2 atau 3 tahun berlalu, dengan pemergian sahabat-sahabat kita iaitu Allahyarham Haris, Azmeer dan Mazri masih kita rasai seperti baru berlaku. Kejadian yang menimpa rakan-rakan kita telah membuatkan masing-masing insaf dan semakin menghargai erti persahabatan sementara kita masih di alam nyata...
Walau bagaimanapun kehidupan haruslah diteruskan dengan penyambungan warisan hasil dari perkongsian kebahagiaan antara sesama pasangan masing-masing. Sepanjang tahun 2006 hingga sekarang, kelahiran bayi-bayi comel sebagai penyambung zuriat, telah menceriakan suasana kekeluargaan di antara suami isteri, rakan taulan, ibu bapa serta mentua dan sebagainya. Ada pula yang kecundang semasa melayarkan bahtera perkahwinan namun hendaklah kita redha atas apa yang berlaku semoga kita tabah menghadapinya. Kehadiran ujian-ujian yang getir membuatkan kita semakin matang untuk menilai keadaan persekitaran termasuklah hati budi manusia dan sebagainya. Apa pun yang digarapkan dalam kehidupan sebagai seorang hamba AlLah, hendaklah kita mengekalkan sifat sebagai khalifah di muka bumi dan juga hamba AlLah yang taat dengan suruhanNya..

No comments: